Friday, October 22, 2010

Pelan Tindakan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

Teras pertama: Membina Negara Bangsa

Memberi fokus kepada pembinaan Negara Bangsa melalui pendidikan. KPM berhasrat untuk membangunkan warganegara dari awal persekolahan dengan ciri-ciri glokal, patriotik dan cintakan negara serta menyanjung dan menjunjung warisan budaya dan kesenian bangsa. Hasrat membina Negara Bangsa ini akan dicapai dengan memperkasakan Bahasa Melayu, meningkatkan disiplin pelajar, menggiatkan Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) serta menggiatkan aktiviti kokurikulum dan sukan bagi membina jati diri serta menerapkan budi bahasa dan adab di kalangan pelajar.


Teras kedua: Membangunkan Modal Insan

Usaha membangunkan modal insan KPM akan memberi tumpuan kepada sistem nilai, aspek disiplin, sahsiah, akhlak dan jati diri pelajar. Teras ini juga berhasrat melahirkan pelajar yang kompeten dalam Sains dan Teknologi, inovatif dan kreatif serta kebolehpasaran. KPM akan menyediakan sistem pentaksiran dan penilaian holistik, membina disiplin pelajar serta memberi penekanan kepada kebersihan, kesihatan dan keselamatan.


Teras ketiga: Memperkasakan Sekolah Kebangsaan


KPM akan memperkasakan sekolah kebangsaan (rendah dan menengah) supaya sekolah-sekolah tersebut menjadi sekolah pilihan utama masyarakat. Sehubungan itu, sekolah kebangsaan akan dilengkapkan kemudahan asas pendidikan yang mencukupi dan berkualiti, bekalan elektrik dan air bersih serta kemudahan ICT. Sekolah juga akan dibekalkan guru terlatih yang mencukupi mengikut opsyen serta bilangan staf sokongan mengikut keperluan.


Teras keempat: Merapatkan Jurang Pendidikan


Penekanan dalam merapatkan jurang pendidikan antara lokasi, jenis sekolah, kaum, jantina, tahap sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar adalah untuk mengurangkan perbezaan daripada segi penyediaan kemudahan fizikal dan bukan fizikal, prestasi dan pencapaian pelajar serta keciciran. Justeru KPM akan membangunkan infrastruktur dan kemudahan pendidikan khususnya di luar bandar Sabah dan Sarawak dan memastikan semua sekolah mempunyai prasarana mengikut standard minimum. KPM juga akan memperbanyak bantuan kepada pelajar miskin, berkeperluan khas dan kumpulan minoriti, mengurangkan jurang digital dan menempatkan guru terlatih yang mencukupi mengikut opsyen di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Teras kelima: Memartabatkan Profesion Keguruan

Usaha memartabatkan profesion keguruan adalah bagi memastikan profesion ini dihormati dan dipandang tinggi sesuai dengan amanah yang dipertanggungjawabkan dalam pembinaan generasi masa depan. KPM menaik taraf maktab perguruan kepada institut pendidikan guru untuk meningkatkan kelayakan guru ke peringkat ijazah. KPM juga akan menambah baik sistem pemilihan calon guru, perjawatan, penempatan dan kebajikan guru.


Teras keenam: Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan

Usaha melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan adalah dengan membentuk kluster kecemerlangan sekolah berasaskan akademik, kokurikulum dan sukan atau bidang-bidang khusus (niche areas). Sekolah-sekolah terpilih dalam kluster ini akan dirangkaikan dengan institusi ternama tempatan dan luar negara, menawarkan pelbagai peperiksaan peringkat antarabangsa seperti International Baccalaureate dan menjadi sekolah contoh. Sekolah-sekolah yang dikenal pasti daripada kluster ini akan dijadikan penanda aras dan showcase pada peringkat antarabangsa selaras dengan usaha membangunkan sistem pendidikan berkualiti dan bertaraf dunia.

Thursday, June 24, 2010

Hari Guru Daerah Sepang 2010





Tahniah kepada semua guru dan murid tahun 6 2009! Selamat Hari Guru

Monday, June 21, 2010

Berita baik: Khasiat BUDU

Kebaikan hasil laut

HAMIDAH yang melakukan kajian terhadap budu pula mendapati bahan berkenaan mempunyai banyak kebaikan untuk dimanfaatkan pada kulit wajah.

“Saya membuat penelitian terhadap bahan antioksidan yang terdapat dalam budu. Budu mempunyai bahan berkenaan dan secara tidak langsung, apabila bahan berkenaan mempunyai antioksidan, ia juga bertindak sebagai antipenuaan.

“Keupayaan budu yang lain adalah ekstraknya membantu menggalakkan pertumbuhan kolagen pada sel kulit. Kulit mempunyai tiga lapisan iaitu dermis, epidermis dan fiber blass yang mana jika usia kita sudah meningkat, kolagen berkurangan menyebabkan kulit wajah mula berkedut dan mengendur,” katanya.

Sehubungan itu, budu berupaya menambah kolagen dalam kulit dan mampu merangsang sel kulit baru sekali gus melambatkan kedutan pada wajah.

Rangkaian produk yang memanfaatkan khasiat budu dinamakan BK Kosmetik terdiri daripada pencuci muka, krim pemulih kulit dan serum regeneratif yang mana ketiga-tiganya selepas melalui kajian serta ujian ketat menjadikan kulit lebih lembap, cerah dan bersinar serta lebih tegang.

Sumber: Berita Harian 21 Jun 2010

Thursday, June 3, 2010

Konvokesyen Kak Long


Rakan baru tugas baru

kenangan di Ancasa Hotel & SPA Kuala Lumpur pada 31 Mei-4 Jun 2010. Jumpa lagi tahun depan, insyaAllah

bersama fasilitator Tn.Hj. Zulkefli, Kak Laila, Habibah dan Faridah

Sabtu oh Sabtu

Guru wajib diberi rehat dua kali Sabtu sebulan
04/06/2010 11:47am

PASIR PUTEH 4 Jun — Pengetua dan guru besar Wajib memberi ruang rehat kepada guru pada setiap dua hari Sabtu dalam tempoh sebulan untuk mengurangkan beban tugas mereka, kata Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom.

Beliau berkata mereka tidak boleh memaksa guru-guru bertugas pada setiap hari Sabtu dengan aktiviti kokurikulum dan akademik.

"Surat pekeliling mengenainya sudah dikeluarkan kepada setiap sekolah,” katanya kepada pemberita selepas menutup Hari Kecemerlangan sekolah-sekolah berasrama penuh di Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh di sini malam tadi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas rungutan guru yang dipaksa oleh guru besar dan pengetua masing-masing supaya mengajar kelas tambahan pada setiap hari Sabtu menyebabkan mereka tiada masa waktu rehat yang secukupnya.

Alimuddin berkata pihak sekolah boleh mengadakan aktiviti luar pada dua hari Sabtu setiap bulan dengan syarat ia hendaklah merancang jadual lebih awal untuk memberi ruang kepada guru merancang aktiviti rehat bersama keluarga.

Beliau berkata jika hari Sabtu jatuh pada hari kelepasan am sekolah sama sekali tidak boleh memaksa guru bertugas dalam sebarang aktiviti. — Bernama

Wednesday, May 26, 2010